Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gung] | اݢوڠ

Definisi : 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama: Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~; Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP; mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung, membesarkan, memuliakan, me­ninggikan: al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu; mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujuk­­an dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gung] | اݢوڠ

Definisi : teragung, teragung-agung ter­han­tuk (kepala, buah-buahan); ragung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gung] | اݢوڠ

Definisi : 1 tertinggi: Allah yg Maha ~. 2 besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan: Sbg rakyat yg setia, kita mesti ~ bahasa Melayu. keagungan keadaan agung; kemuliaan; keluhuran: ~ kerajaan Melayu Melaka telah mencapai kemuncaknya pd zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agung


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
huguan siou Kdgelaran untuk pemimpin agung Kadazandusun yg mempertahankan nilai tradisi masyarakatnya.Pairin berkata, usaha memperkukuh kerjasama bagi memelihara dan budaya KDM untuk manfaat masyarakat itu sentiasa menjadi objektif setiap yang dilakukannya sebagai ‘Huguan Siou’ (Pemimpin Agung).Daily Express (Harian Ekspres)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkoh agong, *sangkuh agung* Ibsejenis tombak, matanya lebar dan digunakan untuk ngayau dan membunuh binatang.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas