taing-taing Ib | perihal bunyi besi yang dipukul dengan besi. | Aki Lang Sengalang Burong pun pergi ke ruai bertanyakan tempat benda yang Aji idamkan itu supaya boleh diambil. Kata Aji tempatnya ialah di sebuah bukit yang ditumbuhi resam, tempat yang selalu kedengaran bunyi ruding yang berbunyi taing-taing, berdekatan dengan gerun lubang seruling yang menghasilkan bunyi seperti Apai Keling Gerasi Nading, membuat hujung tiang kelingkang yang mempunyai lubang yang tembus dari sebelah ke sebelah digunakan untuk membuang miang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ara dapan Ib | sejenis pokok kayu ara. | Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ara riong, *ara riung* Ib | sejenis pokok kayu ara. | Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melan-melan Ib | kelihatan cantik, anggun, menawan daripada segi penampilan, atau rimbunan pokok. | Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jila isang Ib | daun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban. | Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |