Definisi : 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 kekuatan otak utk menimbangkan atau utk memikirkan sesuatu; daya berfikir: Orang yg kurang ~ saja yg sanggup melakukan perkara yg tidak senonoh. 2 daya upaya atau cara utk melakukan sesuatu; ikhtiar: Dicarinya ~ bagaimana hendak melepaskan dirinya drpd bahaya itu. 3 tipu daya; helah; muslihat. ~ budi fikiran yg sihat. ~ bulus (kancil) tipu daya yg licin. ~ geladak tipu daya utk tujuan buruk. berakal mempunyai akal; cerdik; pintar. mengakali 1 mencari jalan atau ikhtiar utk melakukan sesuatu: Dia ~ usaha-usaha utk berdikari. 2 menipu atau memperdaya: Dia tidak berjaya ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)