emping aling, *empialing* Ib | sejenis burung berwarna hitam seperti gagak tetapi saiz badannya kecil. | Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aling LB | pengetam padi yang diperbuat daripada buluh kering. | Semasa di tengah-tengah bekerja, jika kami terserempak lebah atau penyengat kami terus berhenti. Apabila orang-orang tua kami mengikat aling di jerami, kami mesti dalam keadaan duduk. Selepas itu barulah kami mulai semula. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wong, *wunf* Ib | jeram. | Malam itu mereka mendengar orang riuh seakan-akan bunyi orang yang menghadiri gawai, lengkap memakai pakaian tradisional orang-orang Iban. Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |