lingkoh Bj | Ikan alu-alu; Sphyraena jello. | Azmi sudah lama menghulur mata kailnya ke dalam laut. Kini dia menunggu. Pak Cik Hassan pula dapat menarik seekor lagi ikan lingkoh sebesar yang ditangkap oleh Amir. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
surui MSb | sejenis ikan spt alu-alu. | Tahir mengambil kepala ikan surui yang telah dicincang membuangnya ke dalam air, tangannya dipacik-pacikkan “makan…. makan, hari ini kami bawa makanan baik untok kamu. Makan…. Mari, mari” Tahir merayu-rayu. | Tahir Sudah Pergi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baya pandang Ib | pakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati. | Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |