songkor MSr | sejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang. | Binaan yang diperbuat daripada pokok nibong ini digunakan oleh penduduk kampung untuk memasang ‘songkor’, sejenis jaring untuk menangkap anak-anak udang, bahan utama untuk membuat belacan, salah satu produk yang paling sinonim dengan kampong Boko. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bokah Bd | sejenis tumbuhan menjalar dan melilit. Ia digunakan untuk membuat tali. | Batang kayu itu sudah dikelilingi oleh lalang dan anak-anak bokah yang tumbuh meliar. Anak-anak bokah itu ada pula yang sudah menjalar dan melilit ke atas. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyopuh Bd | kerja mengambil madu dan anak-anak lebah dari atas pokok-pokok. | Sekilas, dia teringat sekurang-kurangnya sudah tiga kali dia ikut nyopuh lebah di pokok itu. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kamah-kamah Bj Sp | kain yang dijahit bulat, diisi dengan kapuk, bulatannya sebesar jari kelingking orang dewasa dan panjangnya kira-kira 2.5 kaki. Digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung/bunyi anak-anak gabang ketika dipukul. | Kamah-kamah ini dibuat dua lingkaran, diletakkan di sebelah menyebelah bahagian atas papagan, digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung anak-anak gabang itu ketika dipukul; di bahagian dasar atau addas gabang diperbuat daripada zing ini adalah bagi membolehkan bunyi gabang itu akan bertambah nyaring. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tegaram Ib | sejenis pokok engkebang. | Ilang mencantas paku-pakis, anak-anak pokok tegaram, embawang, meranti, merbung dan tumbuhan hijau yang menjalar panjang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelkati MSb | kacip pinang. | Titik Gabang - iaitu kayu pemukul anak-anak gabang bagi mengeluarkan bunyi-bunyi yang dikehendaki. Panjangnya kira-kira 10 inci dan bentuknya menyerupai sebilah kelkati. Ianya diperbuat daripada kayu dan dibuat berukir-ukir. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titik gabang Sl, Tb | pemukul gabang. | Titik Gabang - iaitu kayu pemukul anak-anak gabang bagi mengeluarkan bunyi-bunyi yang dikehendaki. Panjangnya kira-kira 10 inci dan bentuknya menyerupai sebilah kelkati. Ianya diperbuat daripada kayu dan dibuat berukir-ukir. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
indai Ib | emak. | Apai tak boleh buat kerja tu sendiri. Apai mesti ingat anak-anak apai ini. Indai dah tak ada lagi, apai pula nak meninggalkan kami bertiga! bantah Minyoh. | Novel Pahlawan Rumah Panjang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tugung bula Ib | Longgokan kayu atau ranting yang dibuat sebagai tanda untuk mengingatkan orang yang pernah berbohong. | Tidak ada anak-anak lelaki kita mahu melihat tugung bula dibina untuknya. Itu adalah satu perkara yang memalukan. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
patu MSb | itik surati, itik nila. | Ayam betina berlari kencang. Anak-anak ayam mencicit-cicit. Ayam jantan berlari anak sombong. Patu dan angsa terkedek-kedek. | Bahar | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |