Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya): elok bentuk mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya; begitu ~ baju baldu hitam yg berpotongan kebaya itu; keanggunan keelokan, ketampanan: ia tersenyum mengagumi ~ perkembangan fikirannya sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : ® anghun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.gun] | اڠݢون

Definisi : elok, bergaya dan menarik (bkn cara berpakaian, tingkah laku, gaya): Dia kelihatan begitu ~ berpakaian begitu. keanggunan keadaan atau sifat anggun: Para penonton terpesona dgn ~ penyanyi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggun


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
melan-melan Ibkelihatan cantik, anggun, menawan daripada segi penampilan, atau rimbunan pokok.Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas