duya Tb | kemarahan yang tidak dapat dikawal. | Kenapa sampai begitu?” “Datang angin.” “Angin apa?” “Angin duyanya.” “Apa bendanya angin duya tu?” “Mak tak tahu, tak usah cakaplah.” | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
emungin-angin Mr | sejenis pukulan muzik yang digunakan untuk mengiringi Tarian Mansayau. | Ada beberapa jenis pukulan muzik/ yang digunakan untuk mengiringi tarian ini, antaranya ialah emungin-angin, titik baran (nama sejenis burung) dan titik ason. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuhau Tb | sejenis tumbuhan (Zingiber spp.) yg umbutnya dibuat ulam, sayur. | “Tuhau...! Bukankah tuhau tu buang angin. Ini mesti badan kau banyak angin.” Ah Meng mencelah dalam keriuhan rakan-rakan lain yang masih menahan perut dengan telatah Julius. | Kuasa politik | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belunu MSb | binjai. | Apabila angin menderu-deru begini, memang banyak buah belunu yang gugur dari pohohnya yang tinggi itu. | Noor Ainku Sayang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
simbohong libian Bj Sm | bentuk sanggul rambut. | Rohayu mengerutkan kening, terasa ada angin menghembus dan membelai anak rambutnya yang terungkai daripada simpulan simbohong libian. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
soludon Rg | gong biasa. | Lagan. Enandakan kembali mendiamkan diri. Kerongkongnya terasa tersumbat. Bunyi sandangau, sorudon, keritikon, dan pompok bergema dibawa desah angin. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sandangau Rg | gong jenis kumanis/kimanis. | Lagan. Enandakan kembali mendiamkan diri. Kerongkongnya terasa tersumbat. Bunyi sandangau, sorudon, keritikon, dan pompok bergema dibawa desah angin. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pompok Rg | sejenis alat muzik tradisional di Sabah. | Lagan. Enandakan kembali mendiamkan diri. Kerongkongnya terasa tersumbat. Bunyi sandangau, sorudon, keritikon, dan pompok bergema dibawa desah angin. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bertandak, *tandak* Ml, MSr | menari. | Pak Udak Hassan terus bertandak dengan girangnya. Badannya yang kurus melidi dan hanya dibaluti kain sabuk dua jari itu kelihatan terhuyung-hayang macam lalang ditiup angin. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keritikon Kd | alat muzik daripada gong-gong kecil yang digunakan ketika menarikan Tarian Mogigol. | Lagan. Enandakan kembali mendiamkan diri. Kerongkongnya terasa tersumbat. Bunyi sandangau, sorudon, keritikon, dan pompok bergema dibawa desah angin. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |