ketam kelitak MSr | sejenis ketam bakau. | Tiba di satu selekoh, Anjang Husin membuat putaran yang mendadak. Beberapa ekor ketam kelitak yang merayap di dahan puncak pokok bakau yang separuh tenggelam, berterjunan ke dalam air bila terkena gegaran ombak dayung Anjang Husin. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monggok, *munggu* Ib | kawasan yang sedikit tinggi di tanah rata. | Tercatuk di atas monggok tanah paya bakau, Anjang Husin mengesat-ngesat peluh yang mercik di dahinya. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kejarut, *bejarut* MSr | kusut, berserabut. | Berkeriut bunyi tali galas mencekik tajuk; disusuli bunyi kocakan air diterjah kaki dayung selebar 2 sentimeter. Anjang Husin terasakan paduan bunyi yang kejarut itu seolah-olah irama lagu kesengsaraan yang menguliti hidupnya sekeluarga. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giak II Ib, Kh, MSr | kayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu). | Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga. | Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |