madayut MBr | tarian tradisonal suku kaum Brunei. | Perkataan Madayut bermakna menyanyi sambil menari, dan dengan demikian dapatlah disimpulkan bahawa Madayut bermakna menari dengan iringan nyanyian, atau kombinasi di antara lagu dan tari, di mana rentak tariannya seakan-akan rentak pencak silat. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekaran Ib | sejenis bekas yang tinggi serta bertiang di keempat-empat sudutnya dan diperbuat daripada anyaman rotan untuk mengangkut padi, saiznya lebih kecil sedikit daripada lanji. | Ada di antara mereka juga berkelahi dengan Duat Simpungga atau Bujang Simputang Medang kerana berebut batu punggung kerengga iaitu satu azimat lama sebesar bakul tekaran. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ruding LB | alat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan. | Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantar Ib | ruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang. | Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kromboi Bd, Sk | sejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering. | Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |