sirung Kd, MSb | terendak daripada anyaman buluh. | Pusat Sains & Pendidikan – direka dengan atap menyerupai seraung atau sirung (topi anyaman buluh tempatan). Pusat Sains & Pendidikan ini memiliki pameran kekal Shell yang akan menawarkan penjelajahan pendidikan tentang kepentingan minyak luar pesisir dan industri gas di Sabah. | Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
garong, *garung* Ib | anyaman berangkai dan bertingkat daripada buluh yang mengandungi ruas buluh tempat menyimpan tuak. Tuak tersebut ditimang (dengan lagu puji-pujian) semalamam dan hanya layak diminum oleh seorang pahlawan. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beruta Ib | bekas anyaman kecil yang diperbuat daripada rotan. | Meluda pun mengambil sebuah ‘beruta’ dan kain putih yang dibawanya dahulu. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
babat Ml | sejenis anyaman tradisional Melanau yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok rumbia. | Aku hanya diam. Kupandang mak untuk menyokong pendirianku. Aku hampa kerana emak hanya asyik menganyam babat daripada lidi rumbia itu. Di sekelilingnya masih banyak lagi daun rumbia yang belum disentuh. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanjik Ib | bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi. | Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tayen LB | sejenis bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk mengangkut padi, buah dan lain-lain. Kadang-kadang ia dijadikan sebagai tempat letak barang hantaran perkahwinan. | Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
siyung Kd Pr | terendak daripada anyaman buluh. | Siyung - lebih terkenal dengan nama "seraung" atau terendak. Diperbuat daripada kulit bambu yang dianyam begitu halus dan rapi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekiding MSb | bakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya. | Selesai memasak, mereka makan, mereka makan dengan berlaukkan apa entahlah. Sesudah makan mereka berkemas barang-barang ke dalam "tekiding" (tempat mengisi barang yang diletakkan di atas belakangnya). | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
silipi, *selipik* Ib | sejenis bekas kecil daripada anyaman bemban digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil. | Pujo mencapai silipi kecil yang dibawanya tadi. Dari dalam bekas itu dikeluarkannya seutas tali berwarna hitam sepanjang kira-kira lapan inci dengan dua biji taring babi hutan terikat padanya. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berait, *barait* MSb | bakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya. | Kamu mahu ke mana? tanya Francis kepada seorang tua yang berjalan bersama-sama seorang wanita muda. Mereka masing-masing menggalas bongan dan berait. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |