Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pam] | اڤم

Definisi : sj penganan yg biasanya dibuat drpd tepung beras yg dicampurkan dgn ibu roti dan dikukus; ~ balik sj apam yg dibakar dan ditaburi kacang, gula, dsb di atasnya dan dilipat dua; ~ dewa = ~ lenggang apam yg dibakar dgn meleng­gangkannya dlm sj belanga; ~ Malaysia sj apam yg dibuat drpd campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus; ~ mangkuk sj apam yg dikukus dlm mangkuk-mangkuk kecil; ~ manis sj apam yg berwarna-warni yg dibuat drpd campuran tepung beras, aiskrim soda, dsb dan dikukus; mengapam 1. memasak apam; 2. menye­rupai apam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pam] | اڤم

Definisi : sj kuih yg dibuat drpd tepung beras dsb dan biasanya dimakan dgn kelapa parut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apam


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bangas MSbmakanan atau minuman yang basi.Penyelesaian fasal tanah yang kami duduki itu tidak berhasil. Tuntutan kami juga buntu macam apam bangas. Namun kami tidak berdiam diri. Kami berjumpa ketua daerah, minta simpati, minta belas kasihan.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jalak, *jala* MSbsejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, kuih karas.Sebelum naik ke perahu Kabau membeli beberapa biji kuih sebagai bekal. Kuih jalak, pais, penganan dan apam. Kuih-kuih itu bukan saja untuknya tetapi juga untuk Yanti, Minarni dan Pak Hilun.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas