sakang Ib | azimat dan ubat-ubat bomoh. | Emak dah buang segala kepercayaan tentang polong, jembalang, sakang, bunyi burung ketupong, mimpi dan macam-macam lagi. Yang hantunya bukan hantu, emak. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengaruh Ib | azimat untuk menjaga keselamatan diri daripada perbuatan jahat orang, atau ubat guna-guna ilmu hitam. | Kemudian isteri Enteran Temiang menggosokkan pengaruh untuk menghidupkan orang yang sudah mati, ubat ini diperolehi Enteran Temiang dan Enteran Temali dari langit semasa mereka berjumpa Datuk Pengaruh. Pengaruh ini sungguh mujarab kerana sesudah digosok Enteran Temali pun mulai bernafas, dan terus hidup semula. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelias MSb | azimat yang dipakai untuk menjadikan seseorang kebal (terelak daripada bahaya). | Embok Ali telah memasang ilmu pelias kepada orang-orangnya, sebab itu semua tembakan tidak mengenai sasarannya. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekaran Ib | sejenis bekas yang tinggi serta bertiang di keempat-empat sudutnya dan diperbuat daripada anyaman rotan untuk mengangkut padi, saiznya lebih kecil sedikit daripada lanji. | Ada di antara mereka juga berkelahi dengan Duat Simpungga atau Bujang Simputang Medang kerana berebut batu punggung kerengga iaitu satu azimat lama sebesar bakul tekaran. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |