Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.kan] | باݢايکن

Definisi : umpama; laksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaikan

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jauh bau bunga,
     dekat bau tahi (= kencing).

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tompek ambulung Bj Smlempeng sagu.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
embok-embok Bj Smdatuk, nenek.Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumbolang Tbtempat membawa air yang diperbuat daripada bambu.Bagaikan tergesa-gesa dia tiba di halaman rumahnya. Sirah, adiknya baru sahaja muncul dari pangkalan. Dia membawa sebatang tumbolang yang berisi air. Anak gadis itu kelihatan basah kuyup.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pantak Ib, MSrtatu.Tuai Rumah Dunggau mencapai ilang tersebut. Ditelitinya begitu lama bagaikan itulah pertama kalinya dia melihat ilang. Sarung ilang itu penuh ukiran, melengkang-lengkung hampir-hampir menyerupai pantak (cacah atau tatu) yang penuh di belakangnya. Ilang itu ditariknya perlahan- lahan.Mengepung MimpiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nunuk ragang Kdsejenis pokok kayu ara merah.Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang-orang Dusun yang membina tujuh buah pondok yang berukuran dua puluh empat kaki persegi setiap satu di bawah pohon ara atau nunuk ragang itu, bagaikan wujud dalam impiannya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas