sekut MSr | bau badan yang kurang menyenangkan. | Hawa panas yang terbit dari percikan peluh berbaur dengan pancaran matahari. Ini menyebabkan keadaan sekeliling bertambah panas dan membahang. Bau masam, bau hamis, bau bawang, bau sekut dan bermacam-macam lagi bau badan yang terbit daripada wap hawa badan manusia memenuhi angkasa. | Anak Watan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
retak badan Ml | takdir, ketentuan, selalunya disebut retak badan. | Dan ternyata Kamalina perlu ditolong. Perlu ditemani. Tetapi nasib dan retak badannya berlainan sedikit. Dia terpisah daripada Kamalina lebih awal daripada Kartini. Dalam keadaan dan saat-saat begitu, terasa rindunya menekan-nekan perasaan. Dia merindui Kamalina. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titik badan, *titik baran* Mr | sejenis pukulan muzik yang digunakan untuk mengiringi Tarian Mansayau dan namanya diambil sempena nama sejenis burung. | Ada beberapa jenis pukulan muzik/ yang digunakan untuk mengiringi tarian ini, antaranya ialah emungin-angin, titik badan (nama sejenis burung) dan titik ason. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sagantang Kd | nama lain (eufemisme) bagi tapai. | Badan Lina terhuyung-hayang macam orang yang mabuk minum Sagantang. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
babadak MSb | suatu upacara melumur bedak ke seluruh badan pengantin. | Seperti dia menggelabah, sebaik-baik saja dia kembali dari hospital untuk dileteri oleh keluarga angkatnya, pada malam berlangsungnya istiadat bapacar dan babadak. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketawai Kd | tempat menyimpan padi. | Charlene menggeleng kepala. Tetapi dia cepat-cepat merapati ke badan Richard. Tentagas itu sengaja bersuara lantang untuk menyeru semua semangat padi supaya pulang ke ketawai. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kongang Ib, MSr | berkeupayaan, bertenaga. | Kalau dikiranya berat badan perempuan yang tidak bermaya dan mukanya berlumuran putah memang tidak kongang dia hendak membawanya sejauh itu tapi semangat dan rasa kasihannya terhadap perempuan itu, ditambah pula oleh gemuruh amarah yang menggelora dalam dadanya, menambah kekuatan tenaganya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
begagung, *gagung* Ib | baju tanpa lengan (pakaian tradisional lelaki Iban). | Seorang lelaki yang kelihatan gagah perkasa tapi mempunyai susuk badan yang sederhana besar pun datang. Dia memakai gelang manik, pedang di pinggang dan begagung. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuhau Tb | sejenis tumbuhan (Zingiber spp.) yg umbutnya dibuat ulam, sayur. | “Tuhau...! Bukankah tuhau tu buang angin. Ini mesti badan kau banyak angin.” Ah Meng mencelah dalam keriuhan rakan-rakan lain yang masih menahan perut dengan telatah Julius. | Kuasa politik | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
munung Ib | muncung babi. | Setelah puas berjalan mereka pun sampai di Sungai Munung. Di situ mereka menggunakan sejenis pakaian yang disebut munung dan terdapat pada badan babi. Kemudian apabila mereka sampai di Sungai Tunjing mereka memakai tunjing atau kuku. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |