iting LB | sengat pada ikan keli, baung dan sembilang. | “Baik-baik. Baung di situ bisa itingnya.” Kedengaran Pak Musa batuk-batuk. “Pak Ngah demam?” tanya Simin. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
damun Ib | hutan sekunder – kawasan tanah yang ditanam semula untuk berhuma (bukit). | Tanah yang ada ini, awak jaga baik-baik. Ini saja yang dapat ayah tinggalkan untuk awak. Ayah tidak, tidak sempat dan tidak mampu lagi untuk membuka damun baru. Menganyam Kedukaan Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 262 danan Ib sejenis rotan yang batangnya besar. Aku umpama rotan wi disambungi tali. Umpama rotan biasa disambungi rotan danan. Umpama akar tengang disambungi pokok tulang. Umpama daun lemba disambung benang ira. Novel Satangkai Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 263 dapu Kd tajau. Di sekeliling lereng busut beras itu akan ditaburi dengan hugus omuhok" atau pinang muda - ini juga merupakan persembahan kepada semangat dapu atau tajau itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gumponot Kd KB | ketua roh baik. | 4. Gumponot – Ketua kepada segala roh yang baik-baik. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
labang beruang, *laba beruang* Ib | membawa petanda atau alamat baik. | Kalau kita nampak beruang semasa pergi ke huma, ini juga tidak baik. Maksudnya sama dengan burung atau binatang lain yang membawa nasib yang tidak baik. Tetapi kalau kita nampak ia datang menuju kita dari hadapan, ini baik kerana ia menghantar tuah yang dipanggil burung labang beruang kepada kita. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelabu Ib | sejenis burung seperti burung tekukur tetapi warnanya kelabu. Kehadirannya dipercayai akan membawa pertanda (sama ada baik atau buruk mengikut keadaan). | Semasa menyabung dan ada pula mendengar bunyi burung kelabu dari sebelah kanan gelanggang sabung, ini juga baik. Ia menandakan mata ayam orang yang dilawan itu kabur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sampok, *sampuk* Ib | anai-anai. | Semasa berhuma, kalau batu yang digunakan untuk mengasah di huma dibaluti sarang semut jenis sampok (anai-anai), ini petanda baik. Tetapi kalau batu itu tidak habis dibalutinya, ini tidak baik. Batu huma yang dibaluti semut jenis lain juga sama dengan maksud yang dibawa oleh semut jenis sampok ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
burung berua Ib | keadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya. | Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Bingku Mr Tl | upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu. | Upacara Bingku ialah upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tulandaat Kd KB | sejenis roh baik. | 18. Sorupu atau Tulandaat – Roh ini jinak dan rajin, menolong orang yang membuat sesuatu pekerjaan terutama di ladang, di sawah atau di kebun. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompangan Kd KB | sejenis roh baik. | 21. Tompangan – Semangat pagar, melindungi rumah, mengawal halaman, menjaga kampung untuk kesejahteraan orang ramai. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |