selampandai Ib | sejenis belalang yang dipercayai boleh memberi petanda tentang jantina anak yang bakal lahir. | Mendengar selampandai berbunyi pada waktu tengah hari juga pantang besar. Kalau burung ini didengar di huma, suatu upacara bagi mengurangkan alamat buruk yang dibawa oleh burung mesti diadakan di huma itu. Orang yang memang mahir dalam perkara ini juga mesti dijemput. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pentik Ib | patung yang diperbuat daripada kayu yang dijampi kemudian didirikan di sisi rumah, ia dipercayai boleh menghalau kejahatan yang bakal menimpa. | Buang saja pentik itu, kata mereka. Pentik itu pun dihumban ke dalam lubuk. "Kita ni nak ngayau ditanyanya pula," kata mereka lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
edi, *idi* Kd | emak. | Di rumah setelah menyediakan makan malam, dia terus mendiamkan diri. Perbincangan edi dengan ammanya tentang hasil sawah yang bakal diperolehi tidak menarik minatnya. Adiknya mengemukakan soalan tentang Lagan dan Enandakan yang pendiam itu hanya menjawab dengan jelingan matanya. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jerak Ib, Ml, MSr | serik. | Hatta cakap emak kandung sendiri pun Jimbai sudah bosan. Sudah jerak. Kali ini biarlah dirinya sendiri yang menentukan jawapan yang bakal diberikan kepada urusan dirinya sendiri dan dia akan membantah semua perkara yang patut dibantah. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
singkowoton Mr | sesuatu yang berharga kepada seseorang. | Singkowoton bagi seorang pahlawan adalah tengkorak manusia yang dimenanginya dalam peperangan, kata suara halus itu, bagai sedang berlagu merdu. Singkowoton bagi seorang gadis adalah mahkota kegadisannya. Singkowoton bagi seorang wanita adalah anak-anak yang bakal lahir dari rahimnya. ..." | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkawir Kd | sejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan. | Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |