Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lai.ba.lai] | بالاي ٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), pauh punggah, Aralidium pinnatifidum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai.ba.lai] | بالاي ٢

Definisi : 1. balai kecil yang digunakan oleh bomoh (pada masa mengubati orang dan lain-lain); 2. Jw bebalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai.ba.lai] | بالاي ٢

Definisi : sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balai-balai

Puisi
 

Sinangan balai batang kapas,
     Ramai orang pasar tua;
Anak menuang laut lepas,
     Tergadai si emak tua.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
badat Kd Prsejenis balai khas yang hanya berdinding di bahagian kiri dan kanannya, untuk upacara Menugit sahaja.Upacara Menugit selalunya diadakan di sebuah balai yang disebut oleh orang-orang Kadazan sebagai balai badat - iaitu sebuah balai yang dibina khas, ianya merupakan sebuah bangunan tanpa dinding di bahagian depan dan belakangnya hanya dinding di kiri kanannya saja yang dibuat sebagai tempat menyimpan alat-alat bunyian dan tempat orang yang duduk bersandar.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gendang balai MSbbeduk, tabuh.Sesungguhnya, bukan Zul tidak sedar. Setiap kiraan nombor itu jelas terbayang di ruang matanya. Bunyi kiraan itu seperti rentak paluan gendang balai yang dibunyikan ketika jenazah dimandikan.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas