Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg sudah dipotong;membalak menghasilkan kayu balak (menebang pokok besar, memotong dahan-dahannya, dll);terbalak-balak Pr terapung-apung (di atas air);pembalakan kerja-kerja (usaha) membalak: beliau dipercayai menghasut kaum Penan supaya menentang kerajaan tentang operasi ~ yg dijalankan di kawasan kaum Penan itu;pembalak orang yg mengusahakan pembalakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg telah dipotong dahan-dahan serta perdunya; batang kayu yg besar. membalak bekerja menghasilkan balak di kawasan-kawasan tertentu. pembalakan usaha atau kerja-kerja membalak. pembalak orang yg kerjanya membalak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balak

Peribahasa

Musim kemarau menghilirkan balok (= balak).

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lanting Ky, MSrpangkalan yang dibina daripada kayu balak, buluh, tong yang dilapik dengan papan. Ia lengkap dengan tandas dan atap.Engkau orang boleh ambil tanah ini tapi tidak rumah ini! Rumah ini rumah turun-temurun, warisan nenek datuk aku," jelas Wak Angai suatu hari apabila dia berdiri di tepi bangsal lantingnya itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
otop Mrnama sejenis perangkap binatang.Pantang nama Paring disebut, dia pasti melenting cepat. Macam perangkap otop yang menggunakan kayu balak penindih. Tersilap langkah, pasti terjerat.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas