sisitan Mr | tempat menggantung kingkilat. | Balon terus mencuba. Balon mahu membuktikan yang dia tetap gah dalam tarian itu. Menari-nari sisitan dan atangnya apabila tersentuh kingkilat. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
atang Mr | papan rentang berukir (hiasan dinding) berbentuk seperti burung enggang. | Balon terus mencuba. Balon mahu membuktikan yang dia tetap gah dalam tarian itu. Menari-nari sisitan dan atangnya apabila tersentuh kingkilat. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumusung Mr | nyanyian beramai-ramai ketika memulai tarian lansaran. | Dia tersenyum. Nyanyian lumusung masih mendayu-dayu, yang pasti Balon akan berjaya mendapatkan kingkilat dengan enjutan lansaran dan nantinya gemuruh pembangunan akan kedengaran mengaum, mengisi setiap ruang kosong yang dulunya pernah ditinggalkan. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |