Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tu] | بنتو

Definisi : ; guru ~ Id guru penolong; kata kerja ~ Id kata kerja (spt sudah, telah, pernah, masih, sedang, belum, akan, dsb) yg digunakan sbg penolong kata kerja lain;berbantu mempunyai (mendapat) bantuan: ia hidup bersendirian dan tiada ~;berbantu-bantuan saling membantu antara satu sama lain: jika perkara itu tidak berkehendak ~, maka wajiblah dikerjakannya sendiri;berbantukan menggunakan sesuatu atau seseorang bagi membantu melaksanakan sesuatu (tugas, kerja dsb): pemelajaran membaca yg ~ multimedia sangat menarik dan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca;membantu memberi pertolongan, menolong, menyokong: keluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dgn modal;membantui menolongi: sebarang kerja yg boleh dan patut dibantuinya;memperbantukan, membantukan menjadikan penolong: tentera itu diperbantukan oleh negara-negara sahabat utk mempertahankan Malaysia;bantuan sesuatu yg diberikan atau dilakukan utk membantu, pertolongan, sokongan: beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi drpd Amerika Syarikat; ~ guaman bantuan kewangan yg diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kpd orang yg tidak mampu membiayai kos khidmat peguam;pembantuan, perbantuan perihal (usaha, kegiatan, dsb) membantu: kekayaan yg diperoleh bukanlah kerana kecerdikannya tetapi lantaran perbantuan isterinya;pembantu orang (alat dll) yg membantu, penolong: anaknya seorang sahajalah yg merupakan ~nya;~ perubatan orang yg bertauliah (biasanya lelaki) yg membantu doktor di hospital, klinik, dsb; ~ rumah seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tu] | بنتو

Definisi : ; berbantu mendapat atau memperoleh pertolongan: Dia dpt menyelesaikan masalahnya dgn tidak ~. berbantukan ada seseorang atau sesuatu utk membantu menjalankan sesuatu tugas dsb: Teknik pembelajaran ~ multimedia sangat berkesan di kalangan para pelajar. membantu memberikan pertolongan; menolong: Dia berjanji akan ~ kami jika kami mendapat kesusahan. memperbantukan menugasi seseorang utk membantu: Mereka diperbantukan kpd jawatankuasa pelaksanaan seminar itu. bantuan apa-apa yg digunakan utk membantu; pertolongan: Gabenor Melaka pun sangatlah susahnya sebab ~ dr Betawi lambat datang. ~ ekonomi bantuan wang yg diberikan oleh sesebuah negara kpd negara lain utk memajukan ekonomi negara yg diberi bantuan tsb. ~ kemanusiaan bantuan yg cepat utk mengatasi kesukaran atau utk meringankan penderitaan kerana ditimpa bencana dsb. ~ ketenteraan bantuan utk memperkuat kemampuan ketenteraan sesebuah negara demi menjamin keamanan dan kekuatan negara tsb. ~ teknikal bantuan modal, tenaga, dsb utk melancarkan sesuatu usaha atau projek yg sedang ditangani. pembantu orang yg membantu; penolong: Di kedainya, Ali mempunyai dua orang ~. ~ rumah orang (biasanya wanita) yg bekerja di rumah seseorang dgn melakukan tugas harian spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan menjaga anak majikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantu

Peribahasa

Adat pulau limburan pasang.

Bermaksud :

Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pingilis, *pingirih* Bdbergotong-royong (bertolong bantu, bekerjasama).Kadang-kadang ada juga Niah ikut sama. Dan apabila turun petang, mereka bawa kayu yang ringan-ringan. Selebihnya Gili akan ajak kawan-kawan untuk mengangkutnya secara pingilis dan gotong-royong.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bedurok, *durok* Ib, MSr1.  berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong.Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas