miring Ib | upacara mempersembahkan makanan untuk dewa. | Oh... saudara Baring, keluarlah. Jangan mengusik emak dalam bilik, kata hantu itu tadi. Baring pun keluar dan terus memulakan upacara miring walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam tugas tersebut. Mereka yang lain pun turut miring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngabang Ib | seseorang yang datang sebagai tetamu rasmi dalam sesuatu upacara atau majlis. | Adalah, nak menjemput kamu ngabang, kata Baring. "Eh, bilakah upacara ini diadakan saudara Baring?" tanya mereka lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empelai Ib | sejenis kayu pulai yang lembut dan bergetah. | Pagi itu dia pun pergi. Sepanjang hari itu dia gagal mendapat seekor binatang pun. Baring pun berpatah balik. Dalam perjalanan balik, dia ternampak asap seperti ada orang membakar kayu empelai. "Apa benda ini, adakah itu manusia atau hantu?" kata Baring dalam hatinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bisak MSr | koyak, carik. | Menyedari emaknya belum bersedia untuk baring, Ayu menarik baju tidur emaknya. Esah terdorong ke katil lalu terlentang. "Eh, koyak baju emak nanti. Budak niii! Kalau bisak baju mak ni kau ada duit nak ganti?" | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedara Ib | suatu upacara yang dilakukan untuk mengubat orang sakit dan untuk mengelakkan kejadian buruk akibat sesuatu petanda (tolak bala). | Eh... jangan balik dulu saudara Baring. Pagi ini kami akan berkampung untuk mengadakan upacara bedara pada petang itu, kata hantu itu. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai kenyalang Ib | sejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati. | Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
endu Ib | sapaan untuk anak gadis atau perempuan yang lebih muda atau menantu perempuan. | Oh... endu, Dara Tekom Emperaja, hantarkan rokok, panggil Bujang Pangka Lelang. "Oh. di sini rupanya gadis yang bernama Dara Tekom Emperaja," kata Baring dalam hatinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
entenong, *entenung* Ib | sejenis pokok yang berbatang lurus, kulitnya lembut dan boleh dibuat bekas besar untuk menyimpan padi. | Apakah jenis tangga yang dapat menampung berat isteri awak ini? tanya Nabau. "Cuba ambil kayu entenong sebesar betis untuk tangganya," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyenggai, *nyenggai antu* Ib | upacara meratapi mayat serta menyebut-nyebutkan tentang kebaikannya dan kejayaannya. Upacara ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kesedihan dan menjaga si mati. | Tak ada anak, makanan dah habis semasa upacara nyenggai, kata Lenta."Cubalah tengok dulu," pinta Baring lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |