batil Ih | alat muzik tradisional diperbuat daripada tembaga. | Tarian Basal bagi kaum Idahan ini diiringi oleh muzik yang terdiri daripada: Gong - beberapa buah Batil - sejenis alat muzik yang dibuat daripada tembaga. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
perapuian Tb | tempat membakar kemenyan ketika kenduri doa selamat. | Imam Tuk Batil tidak berlengah-lengah lagi. Dia menyeluk saku bajunya dan mengeluarkan kemenyan. Mulutnya terkumat-kamit sambil menaburkan kemenyan itu dalam perapuian. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pintal-memintal Tb | perbincangan akhir tentang hantaran. | Acara belum bermula lagi. Pintal-memintal belum kedengaran. Sebentar lagi, Imam Tuk Batil akan berhadapan dengan Turagai. Mereka akan berbincang sebaik-baik mungkin. Mana yang tidak kena, akan dicari jalan penyelesaian. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |