dapun MBr | sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna. | Perhiasan di bahagian dada ialah dapun, iaitu sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batu pencelap, *batu penchelap* Ib | batu yg dipercayai boleh mengekalkan kesihatan dan tolak bala. | Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. Orang yang mahir dalam upacara ini perlu diundang. Dia akan seterusnya mengusap badan orang yang terkena ‘burung’ seperti ini dengan batu pencelap untuk menghindarkan perkara-perkara yang tidak baik menimpa orang itu.? | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
limbukun, *limbukon* MSb | sejenis burung punai; Chalcophaps i. indica. | Gerak tubuhnya yang tangkas mengimbangi diri, membuatkan beberapa ekor burung limbukun yang menenggek di batu-batu sungai yang berbonggol itu terbang bercempera. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batu li’ee, *batu liid* Bd | sejenis batu dari sungai yang berwarna keputih-putihan. Permukaannya licin, saiznya kecil dan berbentuk bulat. | Abui menyeluk ke dalam beg kain tepung gandumnya. Dikeluarkannya sebiji batu li’ee yang putih licin dari dalam. Batu itu agak bulat sebesar biji guli. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gilongung Bd | sungai kecil berbatu di kawasan pergunungan (daftar kata tempatan). | Batu pengasah daripada batu gilongung sebesar buah tembikai besar melengkung sedikit di tengah akibat sudah banyak digunakan. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sampok, *sampuk* Ib | anai-anai. | Semasa berhuma, kalau batu yang digunakan untuk mengasah di huma dibaluti sarang semut jenis sampok (anai-anai), ini petanda baik. Tetapi kalau batu itu tidak habis dibalutinya, ini tidak baik. Batu huma yang dibaluti semut jenis lain juga sama dengan maksud yang dibawa oleh semut jenis sampok ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pau Ib | sejenis pokok memanjat. Kulit buahnya boleh dibuat syampu setelah dikeringkan atau dijemur. | Mereka terperanjat melihat segala alat mandi telah tersedia. Mentemu, batu penggosok, pau, batu penumbuk pau dan bunga-bunga kering semuanya sudah ada. Selepas mandi, mereka terlihat kesan orang mandi yang masih baru. Permandian di situ masih basah. “Siapakah yang telah mandi di situ tadi?” Mereka tertanya-tanya. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pau kelasih LB | sejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman. | Kalau kamu mahu mengambilnya jangan kamu pakai kayu untuk memanjatkan batu itu kerana batu itu akan mudah terbakar. Batang pau kelasih (sejenis paku-pakis yang besar dari paku biasa dan berwarna perang) itu yang baik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
blulang, *belulang* Bd | tempat meletakkan batu dalam lastik yang dibuat daripada belulang. | Abui memasukkan biji batu itu ke dalam blulang lastiknya. Kemudian dia mengarahkan lastiknya ke arah burung tadi. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
khakik Mr | sejenis batu yang boleh dibuat manik perhiasan kepala. | Sekiranya `selimpuk' - manik-manik payah diperolehi maka `tadung' ini boleh juga diperbuat daripada `bulu' iaitu batu khakik yang dirangkai-rangkaikan sehingga ianya mengelilingi bulatan kepala. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |