sekut MSr | bau badan yang kurang menyenangkan. | Hawa panas yang terbit dari percikan peluh berbaur dengan pancaran matahari. Ini menyebabkan keadaan sekeliling bertambah panas dan membahang. Bau masam, bau hamis, bau bawang, bau sekut dan bermacam-macam lagi bau badan yang terbit daripada wap hawa badan manusia memenuhi angkasa. | Anak Watan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bau kua, *bau kua* LB | sejenis manik. | Yang di dalam perut ikan, walaupun batunya sekecil bau kina, bau kua kamu periksa juga sampai ke dalam perut besar dan perut kecil. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bau kina LB | sejenis manik yang berasal dari negeri China. | Yang di dalam perut ikan, walaupun batunya sekecil bau kina, bau kua kamu periksa juga sampai ke dalam perut besar dan perut kecil. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belingau Ib | sejenis keladi liar. | Menyedari bahawa ia tidak terdaya melepaskan diri Jabar lalu menukar dirinya menjadi tumbuhan keladi belingau. Keladi liar jenis ini berbau. tersebut dia akan mengatakan bau itu bau Jabar. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bau tulang LB | sejenis manik yang diperbuat daripada tulang binatang atau gading gajah. | Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rong LB | topi/terendak orang Lun Bawang. | Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. Kalau banyak orang memanggil kamu jangan kamu pergi. Kamu lemparkan rong kamu dan kamu berikan payung kamu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyamai Ib | wangi, aroma. | Kalau dia berlakikan orang kerajaan, misalnya kalau dia mahu membeli gincu, bedak atau minyak bau nyamai, dia boleh minta duit. Tetapi kalau dia terperuk di kampung sahaja, atau berlakikan orang kampung dan hidup cara kampung, hangit celah ketiak pun tidak terbersihkan, inikan pula hendak berbedak berwangi-wangian. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beret birar LB | sejenis tali pinggang perempuan dibuat daripada manik yang berwarna kuning yang bersulam dengan perak. | Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pata anet birar, *pata alet birar* LB | sejenis perhiasan kepala wanita yang dibuat daripada manik berwarna kekuning-kuningan. | ika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |