ambal Ib, MSr | sejenis hidupan laut (solen brevis) yang berbentuk separuh selinder. Ia terdapat di beberapa kawasan persisiran pantai berpasir di beberapa bahagian di Kuching dan Samarahan. Ambal merupakan makanan laut yang enak dan popular. | Apabila ambal terkena campuran kapur ia akan menolak lidi tersebut dan cuba keluar dari pasir. Dengan pantas ambal akan diterkam dan dicabut sebelum ia sempat masuk kembali ke dalam pasir. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sapat Ib | tirai yang dibentuk dengan beberapa helai pua kumbu yang tersangkut pada tali dan diikat di antara tiang-tiang di ruai untuk melindungi badan si mati. | Apabila Kumang dan Lulong melangkah ke dalam rumah roh itu sebesar bunga mancis. Akhirnya apabila sampai di ruai Keling dan Laja, roh itu sudah sebesar biji sekoi. Secepat Kumang dan Lulong berada di dalam sapat mereka terus meletakkan roh itu di atas kepala Bunga Eni dan Bunga Satangkai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
turun tanah Bd | memulakan semula kerja selepas berselang beberapa hari atau minggu. | Kalau dapat, sampai tujuh hari baharulah turun tanah, sambung Nek Siku lagi walaupun dia mengesani juga bahawa Josika tidak berminat bercakap dengan orang. Dia berharap Josika faham akan maksudnya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanak tondu Kd | anak perempuan. | Endunya membisikkan beberapa kalimat. Tangannya melingkar di bahu Enandakan dan jari-jari tuanya sekali-sekala mengusap muka tanak tondunya yang merenung dengan wajah kosong. Air mata merembasi kelopak matanya. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mambut, *pambus* Ib | perihal meninggalkan rumah panjang selama beberapa hari kerana ada petanda bahawa perkara yang kurang baik akan menimpa kalau mereka terus tinggal di situ. | Semasa orang sedang mambut itu sekumpulan budak-budak nakal bercadang hendak balik ke rumah panjang dan ingin melihat apa yang akan berlaku. Ini kerana apabila rumah panjang dikosongkan dipercayai hantu-hantu akan naik ke rumah. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bulan rerak Ib | sehari selepas bulan purnama. | Beberapa orang gadis dan ibu datang juga untuk memerhatikan corak anyaman tikar bemban yang baru saja siap dianyam oleh isteri Senurok. Corak jenis bulan rerak, kata penganyam tikar itu. Pemuda-pemudi di situ duduk senyap, mempelajari bahasa kebangsaan melalui radio. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngelala Ib, MSr | mengenal, mengecam. | Di hadapannya kelihatan beberapa orang pelanggan yang sibuk melayan selera memilih jenis kuih yang hendak dibeli. Dari jarak begitu dia tidak dapat ngelala semua orang, mungkin dari Kampung Lintang dan tidak mustahil juga mereka dari Jalan Istana. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
merarau Ib | makan tengah hari. | Cikgu Awang memandang ke arah beberapa orang pelajar yang berbaris untuk mendapatkan makanan pada waktu merarau itu. | Rahsia Saidin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lang Ib, MSr | pintu. | Ketika Pak Dollah sedang sibuk melayani beberapa orang cucunya yang masih bertelanjang dan tidak gemar berseluar, Ayu muncul di muka lang. Agak terperanjat Pak Dollah melihat keadaan Ayu. Dia sedang menangis. Perhatian Pak Dollah segera tertarik pada Ayu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
senuan Ib | tanah perkuburan kecil untuk ahli keluarga sahaja, biasanya hanya memuatkan beberapa orang sahaja. | Semua tempat perkuburan kecil atau senuan ini sekarang walaupun tidak diketahui siapa yang dikuburkan di situ menjadi pulau (tidak boleh dijadikan huma atau dibakar). Tempat seperti ini disebut sebagai pulau mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |