puhung Bj Sm | sejenis tumbuhan herba yang boleh dibuat bedak sejuk. | Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baujan Bj Sm | sejenis tumbuhan herba. Kulit pada batangnya boleh dibuat bedak sejuk. | Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk. | Dari Dalam Cermin (Azmah Nordin). 1992. DBP. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
babadak MSb | suatu upacara melumur bedak ke seluruh badan pengantin. | Seperti dia menggelabah, sebaik-baik saja dia kembali dari hospital untuk dileteri oleh keluarga angkatnya, pada malam berlangsungnya istiadat bapacar dan babadak. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyamai Ib | wangi, aroma. | Kalau dia berlakikan orang kerajaan, misalnya kalau dia mahu membeli gincu, bedak atau minyak bau nyamai, dia boleh minta duit. Tetapi kalau dia terperuk di kampung sahaja, atau berlakikan orang kampung dan hidup cara kampung, hangit celah ketiak pun tidak terbersihkan, inikan pula hendak berbedak berwangi-wangian. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumping malul Bj Sm | bunga melur. | Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
biabas MSb | jambu batu; Psidium guajava. | Dia menghafal paras yang telah didandan dengan pucuk biabas, pucuk puhung, kulit baujan, sumping malul yang telah ditumbuk halus dan perahan airnya digaul dengan tepung beras, yang dijadikan bedak sejuk. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
perantan MSr | suatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak. | Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |