tibang Ib | bekas atau tempat yang diperbuat daripada kulit kayu khas digunakan untuk menyimpan padi. Ia biasanya diletakkan di loteng atau sadau. | Selesai makan Unying menyuruh isterinya menyimpan beras itu ke dalam bekas padi tetapi semua bekas padi yang ada penuh diisi oleh padi yang dibawa oleh Unying. Unying terpaksa membuat tibang yang baru untuk menyimpan padi itu. Sebanyak tiga buah tibang dibuat untuk memuatkan semua padi itu. Keesokan harinya isteri Unying menumbuk padi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angkob | bekas besar untuk menyimpan padi diperbuat daripada kulit kayu. | 1. Bekas berbentuk silinder dari kulit kayu yang disimpan di loteng rumah (tilud). Selepas dimasukkan ke dalam karung, padi ini kemudian disimpan dalam sebuah pondok kecil di tepi sawah yang dipanggil sulap untuk beberapa ketika sebelum dipindahkan ke rumah untuk disimpan di bekas besar yang dipanggil angkob. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berusat Kd Rn | bekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk bambarayon, diperbuat daripada bambu. | Berusat yang menjadi bekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk `bambarayon' itu akan didirikan di tengah-tengah sawah atau ladang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinarung Mr Tl | bekas padi berbentuk bulat. | Air ini kemudian direnjis ke petak padi. Tumbuhan tadi seterusnya diletakkan di bekas padi (lalangkiyang) atau tinarung. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalangkiyang, *lalakiyang* Mr Tl | bekas padi berbentuk bulat. | Air ini kemudian direnjis ke petak padi. Tumbuhan tadi seterusnya diletakkan di bekas padi (lalangkiyang) atau tinarung. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
silipi, *selipik* Ib | sejenis bekas kecil daripada anyaman bemban digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil. | Pujo mencapai silipi kecil yang dibawanya tadi. Dari dalam bekas itu dikeluarkannya seutas tali berwarna hitam sepanjang kira-kira lapan inci dengan dua biji taring babi hutan terikat padanya. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tu'ung, *tuung* MSb | bekas. | ii) Untuk batang padi yang diketam dengan sabit maka batang-batang ini ditumpukkan di atas tikar dan kemudiannya dibanting ke dalam bekas (tu'ung) yang dipasang dengan adangan. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ringka Ib | bekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh. Ia diperbuat daripada rotan dengan anyaman bersilang. | Apabila dia mengetahui kebenaran berita itu, Patinggi lalu menyuruh seorang hambanya menggantung satu ringka (bekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh) dan sebuah selabit (satu jenis keranjang yang digunakan untuk membawa barang) dengan sebatang kayu panjang yang disebut suar. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kibut Ib | sejenis bekas besar daripada kaca atau plastik untuk mengisi air. | Ada juga yang terpaksa pergi sebentar ke pekan untuk membeli gula, minyak masak, tembakau, garam dan minyak tanah. Mereka tidak perlu membeli banyak minuman keras kerana terdapat lapan bekas kibut sumbangan Tauke Juho. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sepak manggis MSb | sejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |