Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.han] | بلهن

Definisi : 1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalik-balik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak: bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.han] | بلهن

Definisi : 1 retak yg panjang: ~ pd tembok itu masih belum bertampal lagi. 2 bahagian sesuatu yg sudah dibelah: ~ betik itu disimpan dlm peti ais. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belahan

Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
linapak Kdbelahan buluh berbentuk V di tengah-tengah Tongkungon dan berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tongkungon.Seruas buluh yang telah kering dan siap untuk dijadikan Tongkungon haruslah dibelah (dilatarkan) dalam bentuk ‘V’ di tengah-tengah Tokungon sebelum membuat atau menghasilkan dorongan dan tempat belahan itu dinamakan linapak. Linapak berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tokungon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gagas Bdrangka untuk lantai daripada belahan buluh atau nibung.Ketika itu baru dia sedar. Si anak sudah terduduk terjelepok di atas lantai gagas teresak-esak sambil mengadoi-adoi kesakitan.Cerpen Burung, Anak Dan KenanganGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kurisang Mr Tdkerongsang.Geroncong - Kurisang iaitu sejenis pin penyemat belahan dada baju selalunya diperbuat daripada ringgit perak.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas