bebandil Bj Sm | sejenis gong besar dan nipis. | Gamat sekali majlis belas itu. Tigad-tigad, anduh-anduh dan kelebak. Irama kulintangan gong, dan gendang serta bebandil mengeluarkan berbagai irama. Penontonnya sudah ramai yang datang. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tigad-tigad Bj Sm | sejenis irama yang rancak, cepat. | Gamat sekali majlis belas itu. Tigad-tigad, anduh-anduh dan kelebak. Irama kulintangan gong, dan gendang serta bebandil mengeluarkan berbagai irama. Penontonnya sudah ramai yang datang. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangas MSb | makanan atau minuman yang basi. | Penyelesaian fasal tanah yang kami duduki itu tidak berhasil. Tuntutan kami juga buntu macam apam bangas. Namun kami tidak berdiam diri. Kami berjumpa ketua daerah, minta simpati, minta belas kasihan. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berkumbai buyu Ib | upacara yang dilakukan oleh manang untuk memanggil hantu yang sering mengganggu bayi dan perempuan mengandung dengan tujuan untuk membunuhnya. | Setelah lama begitu Rukuk bercadang untuk mengadakan suatu upacara yang dinamakan ‘berkumbai buyu’ semasa isterinya baru saja melahirkan anak mereka yang kedua belas. Upacara bebunuh buyu selesai dilangsungkan, tetapi hantu buyu tidak juga dapat dibunuh. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kromboi Bd, Sk | sejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering. | Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |