andilik Mr | membersihkan belukar atau hutan untuk bercucuk-tanam. | Peringkat berikutnya ialah untuk membersihkan belukar dengan menggunakan parang. Kerja ini biasanya dilakukan secara bergotong royong (ahuyu) yang bergantung kepada kemampuan petani sama ada petani itu mampu menyediakan makanan dan minuman tapai beras kepada pembantu-pembantunya. Peringkat ini dipanggil andilik. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kucingan MSb | sejenis pokok semalu yang memanjat. | Nanak melintasi kawasan belukar kecil di kiri dan kanan jalan. Belukar itu sering dilewatinya pada setiap hari. Pokok kucingan dan daun-daun lalang melambai-lambai ditampar angin petang. Ada kalanya kakinya bergesel dengan daun-daun lalang. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
antahar Mr | menebang pokok. | Selepas belukar ditebasi, petani itu bergerak ke satu peringkat yang dipanggil antahar. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utik II Mr Tl | kapak. | Selepas belukar ditebasi, petani itu bergerak ke satu peringkat yang dipanggil antahar. Dalam peringkat ini, beliau menebang semua pokok-pokok besar dengan menggunakan kapak (utik). Selepas ditebang pokok-pokok ini dibiarkan kering. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |