Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lu.lang] | بلولڠ

Definisi : 1. kulit yg kering (keras) dan tidak disamak, kapal; ~ kering = tinggal tulang ~ kurus kering; 2. kulit yg tebal dan keras (pd tangan dll): kerana banyak memikul, terdapat ~ pd bahunya; berbelulang berkulit tebal dan keras, kapalan: telapak tangannya kesat dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lu.lang] | بلولڠ

Definisi : 1 kulit binatang yg telah dikeringkan: Kasutnya dibuat drpd ~ lembu. 2 kulit yg menjadi tebal dan keras, biasanya pd tangan atau pd bahu: Kerana selalu membelah kayu, terdapat ~ pd tapak tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belulang

Puisi
 

Kain buruk dalam besen,
     Buat membungkus kulit belulang;
Saya buruk lagi miskin,
     Manalah hendak dipeduli orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
blulang, *belulang* Bdtempat meletakkan batu dalam lastik yang dibuat daripada belulang.Abui memasukkan biji batu itu ke dalam blulang lastiknya. Kemudian dia mengarahkan lastiknya ke arah burung tadi.Antologi PilihanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kempat Ibpotongan.Keling lalu pergi melalui lubang air yang deras, naik ke arah matahari yang membara seperti besi berserpihan ditempa tenchang. Dia menyisip pintu langit seperti kancing peti belulang dan naik ke lubang petir seperti kempat kanggan dagang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kanggan Ibkain hitam yang digunakan sebagai sebahagian pakaian wanita.Keling lalu pergi melalui lubang air yang deras, naik ke arah matahari yang membara seperti besi berserpihan ditempa tenchang. Dia menyisip pintu langit seperti kancing peti belulang dan naik ke lubang petir seperti kempat kanggan dagang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas