Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ngis] | بڠيس

Definisi : 1. tidak berbelas kasihan, kejam, zalim: pembunuhan yg ~; 2. pedas, tajam: kata-kata yg~;membengis bangkit bengis, berlaku bengis: “diam...” suara Majid ~;membengisi memperlakukan dgn bengis (kejam): kalau tidak dibengisi masih berlarut-larutan anak-anak itu mengganggu kita; kebengisan perihal bengis, kekejaman, kezaliman: ~ tentera musuh itu membangkitkan kemarahan rakyat;pembengis 1. orang yg bengis; 2. bersifat bengis: dia menjadi manusia yg agresif dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngis] | بڠيس

Definisi : marah, gusar;membengis jadi marah, bangkit marah; membengisi memarahi;pembengis pemarah: dia ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngis] | بڠيس

Definisi : 1 tidak menaruh perasaan belas kasihan; suka berbuat aniaya: Raja yg ~ tentu saja akan dibenci oleh rakyatnya. 2 keras lagi pedas (ttg perkataan yg diucapkan): Soalan itu dijawabnya dgn ~. membengis menjadi bengis; berlaku bengis: “Diam!” katanya ~. membengisi berlaku bengis terhadap: Guru itu ditegur kerana ~ anak muridnya. kebengisan keadaan atau sifat bengis. pembengis 1 orang yg bengis: Dia terkenal sbg ~. 2 bersifat bengis: Ketuanya digeruni kerana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengis

Puisi
 

Besok hari Rabu,
     Lusa hari Khamis;
Fikiran kita tidak tentu,
     Hati kita bengis.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai harimau beranak muda.

Bermaksud :

Orang perempuan yang terlalu bengis.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mangah Ib, MSrsifat panas baran, bengis, garang.Sudah lama aku pulang. Malah tidak mungkin aku akan meninggalkan Kuching dan tugasku di pejabat kerajaan itu. Bukan aku sombong sangat dan bukan aku mangah sangat. Aku tahu siapa diriku, Syam.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengigol Kd Ltsejenis tarian suku kaum Dusun dalam upacara memuja semangat padi.Hei, berapa kali harus aku katakan kepada kamu? herdik Lumbai dengan bengis. "Aku sedang membaca mantera sambil menari mengigol untuk memanggil semangat supaya menerima persembahan kita.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas