pendayan Bj | bengkel besi tempat membuat parang. | Sarlah satu-satunya anak lelaki Ma To yang dapat membantunya di pendayan itu. Anak lelaki sulungnya telah berkahwin dan hidup sendiri menyara anak isterinya. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
puputan Bj | sejenis alat (dalam bengkel besi) yang digunakan untuk meniup api supaya nyala berterusan. | Tangannya terus sahaja mengayun puputan ke bawah dan ke atas, berselang-seli ke kiri dan ke kanan untuk memastikan arang yang digunakan untuk memijarkan besi itu terus membara. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanut MSb | pisang tali; Musa textilis. | Bahagian tenunan dalam pameran ini menunjukkan empat jenis benang yang digunakan untuk menenun seperti berikut: a) Benang kasar yang diproses daripada pisang lanut (Musa textilis): | Bengkel Anyaman/Tenunan Dan Pewarnaan Tradisional | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalandang Mr | getah kulit buah rotan. | Satu lagi cara untuk mendapatkan warna merah ialah dengan mengeluarkan getah dari kulit buah rotan yang dipanggil `dragon's blood' (Daemonorhops didymophyllus) atau lalandang oleh suku kaum Murut. | Bengkel Anyaman/Tenunan Dan Pewarnaan Tradisional | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lamba Kd Kl | sejenis tumbuhan (curculigo latifolia) yang boleh ditenun menjadi kain. | Satu cara menghasilkan sejenis kain kasar dari lamba (Curculigo latifolia) kini jarang dibuat sehingga hanya dua orang sahaja wanita sudah berumur di Kiulu yang masih mempunyai pengetahuan untuk menghasilkan kain tersebut. | Bengkel Anyaman/Tenunan Dan Pewarnaan Tradisional | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |