Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : tidur (bkn raja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : 1. berlanggar, berlaga, berhan­tuk(an), terhantuk: motokar itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : tidur (digunakan utk raja-raja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : 1 bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb: Badang telah ~ kekuatan dgn seorang yg gagah bernama Benderang. 2 berlaga; bersabung: ayam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradu

Puisi
 

Makan tebu buku ditaruh,
     Buat ubat masuk cendawan;
Bukit beradu gunung bertaruh,
     Riuh-rendah mambang di awan.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
wai Ibkata sapaan mesra.Baru saja kedua beranak itu bersiap-siap hendak beradu tenaga menghulurkan perahu ke gigi air, tiba-tiba kedengaran suara yang menegur:“Hoi wai! Hendak ke mana tu?”Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mipulos Kdgusti tangan.Dua peserta dari suku kaum Dusun Subpan Lahad Datu, Rina Kalong, 19 dan Rina Baginda, 25, (Kanan) beradu kekuatan ketika menyertai sukan tradisional mipulos (gusti tangan) sempena sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, di Panampang, Ahad lepas.Daily Express (Harian Ekspres)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas