Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rair]/[ber.air] | براءير

Definisi : 1. mengandungi air (bkn kolam, sungai, buah-buahan, dll); 2. mengeluarkan air atau cecair; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rair]/[ber.air] | براءير

Definisi : berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berair

Puisi
 

Naik bukit bermain angin,
     Makan buah serba rasa;
Sakit sungguh tinggal bermain,
     Makan kuah berair mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Karam tidak berair.

Bermaksud :

Mendapat bencana dengan tidak bersebab.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
asak-asak Ib, MSrberputih mata.Celaka!? Tuk Lentar mengesat matanya yang mula berair. Dia berasa begitu bodoh dan hina dalam keadaan begitu. ?Tamak. Semua orang sudah tamak. Asak-asak aku nak dapat bahagian aku.? Ketika itu dia tersenguk-senguk mengawal nafas dan kata-katanya.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balung Bj Smsejenis obor-obor yang berbisa (tidak boleh dimakan).Balung atau ubur-ubur selalunya banyak dan bermusim pada bulan Ogos hingga November setiap tahun. Mereka suka berenang di permukaan laut yang berair jernih. Kelajuannya boleh mencapai 4 knot. Warnanya putih dan kadang-kadang macam warna air susu. Ia boleh disebarkan oleh angin dan ombak. Mereka tinggal di semua bahagian laut, jelas Pak Hilun sambil memandang Minarni.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas