bau kina LB | sejenis manik yang berasal dari negeri China. | Yang di dalam perut ikan, walaupun batunya sekecil bau kina, bau kua kamu periksa juga sampai ke dalam perut besar dan perut kecil. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tipa-tipa Tb | sebarang bekas yang bertutup yang berasal daripada tin. | Pak Odok mengeluarkan tipa-tipa. Dia mengeluarkan sebatang tigur. Lantas menghulurkan kepada Nanak. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mematai, *mamatai* Kd KB | sejenis roh jahat. | Mematai - Berasal dari mayat orang mati dibunuh atau terbunuh, selalu kembali kepada jasad orang yang masih hidup. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keningau Kd | sejenis tumbuhan (pokok yg kulitnya manis); Cinnamomum zeylanicum. | Keningau berasal daripada nama pokok kayu iaitu "kayu manis" (sejenis rempah). Orang-orang Dusun memanggil daerah ini Keningau kerana daerah ini katanya terlalu banyak mengeluarkan kayu manis. Kayu manis menjadi barang dagangan kepada penduduk-penduduk di sini. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
senggang Ib | sejenis tumbuhan seperti lengkuas (tetapi tidak boleh dimakan), kulitnya boleh dibuat tikar. | Telichai beristerikan Endu Dara Sia, berasal daripada keturunan Hantu Kamba, perempuan yang tinggal di hutan asam paya. Dia mewarisi harta pusaka yang berbentuk tajau rusa, berukir menarik mengambil bentuk rumpun buah senggang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ratak Kd KB | sejenis roh jahat. | 29. Ratak – Roh ini pembawa kudis, selalu menyerang manusia di bahagian kaki, tinggal di tanah, berasal dari air pencuci kaki. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |