Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rat] | برت

Definisi : 1. tekanan benda (apabila ditimbang), ukuran timbangan (sesuatu): cuba timbang supaya diketahui ~ barang itu; 2. tidak ringan, mempunyai tekanan yg kuat (kalau ditimbang): tidak terpikul olehku benda yg ~ itu; 3. sukar (dilakukan, diselesaikan, dsb), sulit, susah: kira-kira serupa itu terlampau ~ bagi murid-murid sekolah rendah; kerja dan tanggungjawab yg ~; 4. amat sangat, kuat: dia sakit ~; 5. menyebelah, memihak; ~ pd (kpd) memihak kpd; ~ sebelah menyebelah kpd satu pihak (tidak adil); 6. bkn novel, drama, dll yg mengisahkan perkara yg serius (spt pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dsb): novel ‘Salina’ karya A. Samad Said ialah sebuah novel yg ~; 7. bkn kesalahan dll yg tidak boleh dianggap ringan atau kecil, serius: membunuh ialah satu kesalahan yg ~; azab seksa yg ~; 8. bkn sikap (pendirian dsb) yg sungguh-sungguh: Mohd Affandi memberi perhatian yg ~ kpd masyarakat dlm tulisannya ini; 9. bkn makanan yg (sangat) mengenyangkan: makanan ~ biasanya membuat kita mengantuk; ~ atom berat sesuatu atom berbanding dgn berat satu atom hidrogen; ~ hati a) enggan, tidak sampai hati: ~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; b) cenderung (memikirkan, menyangka, dll): ~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dlm kemalangan; ~ kepala a) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala; ~ lidah = ~ mulut pendiam, kurang ramah; ~ mata (lekas) mengantuk; ~ otak susah hati; ~ siku = ~ tangan enggan bekerja (menolong), malas; ~ telinga pekak, kurang jelas pendengaran; ~ tulang malas; ~ sama dipikul, ringan sama dijinjing prb baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat); berapa ~ mata memandang, ~ lagi bahu memikul prb betapa juga susah orang yg melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yg menanggungnya; nan ~ tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing prb orang yg sangat tua dan lemah;berberat mempunyai berat: nanas sarawak ~ sehingga 12 kilogram; memberat 1. menjadi berat: dia berasa sesuatu yg ~ di dlm dadanya; 2. tampak berat, seakan-akan berat: susu kambing itu tergayut-gayut dan ~; ~ isi Kl telah penuh berisi tetapi belum masak (padi, rambutan, dll);memberati 1. memberi beban (kpd), membebani: baiklah aku pergi, mudah-mudahan aku tidak lagi akan ~ keluarga di rumah ini; 2. menambah beban, menyusahkan: hal rumah tangga ~ fikirannya;memberatkan 1. menjadikan berat (beban, kesalahan, tuduhan, dll): urusan yg semacam ini ~ beban saya; keterangan saksi itu ~ kesalahannya; 2. membebankan (menyerahkan kpd): pekerjaan itu tidak boleh diberatkan kpd seseorang sahaja; 3. menganggap penting (tinggi, mulia, dll), mengutamakan, mementingkan: soal taraf lebih diberatkan drpd kepentingan negara; tulisan kritikan sastera Melayu yg ~ aspek agama; memperberat menambah berat, memberatkan lagi; terberat sl dipandang (dianggap) berat (tinggi, mulia, dll): pd bicara patik, baik juga duli paduka Betara menyambut paduka anakanda itu supaya ~ pd mata orang sekalian;keberatan 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya;berkeberatan keberatan;pemberatan perihal memberati atau memberatkan;pemberat benda (spt batu, timah, dsb) utk memberatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rat] | برت

Definisi : 1 kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~. 2 besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan. 3 tidak mudah melakukannya; susah: Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah. 4 terlalu teruk; parah: Penyakitnya setiap hari bertambah ~. 5 lebih besar ukurannya drpd yg biasa: senjata ~ senjata yg besar-besar, spt meriam. ~ badan a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). ~ ekor malas bekerja. ~ hati a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. ~ lidah (mulut) kurang ramah; pendiam. ~ tangan malas bekerja. ~ telinga kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd: Soal rumah tangga ~ fikirannya. Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya. memberatkan 1 menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2 menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3 menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat sesuatu atau benda yg memberati atau memberatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berat

Puisi
 

Orang barat bermain pedang,
     Mana nak sama batang cangkul;
Mana berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Berat sama dipikul,
     ringan sama dijinjing.

Bermaksud :

Suka duka sama-sama ditanggung.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kongang Ib, MSrberkeupayaan, bertenaga.Kalau dikiranya berat badan perempuan yang tidak bermaya dan mukanya berlumuran putah memang tidak kongang dia hendak membawanya sejauh itu tapi semangat dan rasa kasihannya terhadap perempuan itu, ditambah pula oleh gemuruh amarah yang menggelora dalam dadanya, menambah kekuatan tenaganya.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
seladan Ibsejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar.Beberapa helai seluar dan baju lusuh terbungkus erat dalam sebuah plastik juga dimasukkannya ke dalam perut seladan.Mengepung MimpiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selabit Ibsejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar.Maja pun pergilah dengan membawa selabit dan sebaik saja dia pergi Keling dan kawan-kawannya bangunlah.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
angkat dara MSrakil baligh bagi kanak-kanak perempuan.Pak Bidin lebih berat hendak memikirkan anaknya yang kedua, yang sudah angkat dara sejak sekian lama. Kalau apa-apa berlaku kepada anaknya itu, dan sebelumnya dia menyelak tepi kain orang, kelak akan dijuihi bibir oleh orang lain pula, menyesal tidak sudah jadinya.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sogit Kd, Tbdenda.Pancuran yang khas untuk wanita-wanita mandi itu selamat tidak ada jejaka yang boleh mengintip mereka mandi. Sogitnya berat, malunya pun sampai ke anak cucu.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
entenong, *entenung* Ibsejenis pokok yang berbatang lurus, kulitnya lembut dan boleh dibuat bekas besar untuk menyimpan padi.Apakah jenis tangga yang dapat menampung berat isteri awak ini? tanya Nabau. "Cuba ambil kayu entenong sebesar betis untuk tangganya," kata Baring.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wakid Kd, Tbbekas yang diperbuat daripada bambu yang dijalin untuk mengisi barang dengan cara dipikul di belakang si pembawa. Ia biasanya digunakan untuk membawa barang berat seperti durian, beras dan sebagainya.Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bobogon Kdsejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat.Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bombon Kd KBpenanda kawasan larangan.Merosakkan dengan sengaja tanda kepercayaan orang seperti tonduk sogindai atau bombon adalah salah dan boleh didenda adat seperti berikut: (a) Merosakkan tanda-tanda yang dianggap berat tidak lebih daripada seekor kerbau indung.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas