Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.gai.ba.gai] | برباݢاي -باݢاي

Definisi : bermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dll) yg berlainan: ia berbuat ~ ikhtiar supaya terpelihara drpd musuhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.gai.ba.gai] | برباݢاي -باݢاي

Definisi : bermacam-macam; berjenis-jenis: Apabila pulang dr sekolah, saya membuat ~ kerja utk menolong ibu saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbagai-bagai

Peribahasa

Adat muda menanggung rindu.

Bermaksud :

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
isian Bjilmu batin.Sudah menjadi kelaziman di daerahnya bahawa setiap gadis atau teruna akan diisikan dengan berbagai-bagai isian penjaga diri.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pingan Ibbuah terap hutan, daunnya lebar berbuah bulat berbulu dan berwarna kekuningan.Setelah lama berkahwin, isterinya pun hamil dan mengidamkan berbagai-bagai jenis buah khususnya pingan tetapi waktu itu bukan musim buah. Jengkuan berasa sangat kasihan melihat keadaan isterinya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
duarung Kd KBsejenis roh jahat yang boleh menjelma dalam berbagai-bagai bentuk binatang.6. Duarung – Menjelma dalam berbagai bentuk binatang, pembawa penyakit.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyulap Ibmengganti tanaman yang telah mati dengan yang baru (biasanya tanaman jagung atau padi).Keempat kali Begawai Burung, tiang sandong yang didirikan ialah daripada inti kayu selangking tetapi berbonggolkan tajau. Mantera akan menyentuh berbagai-bagai kisah sehingga kisah nyulap atau menanam jagung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sungkoi, *sungkui* Ibsejenis kuih daripada campuran ubi kayu dan kelapa yang telah diparut serta gula. Seterusnya dibungkus dengan daun pisang dan dikukus.Mereka memenuhi ruai Ketua Rumah Kemuja. Setelah tetamu duduk, isteri Kemuja menghidangkan berbagai-bagai jenis tebu, hasil dari kebunnya. Tebu disusuli dengan kopi dan kuih sungkoi. Ia sangat digemari oleh tetamu; semuanya mengatakan mereka telah lama mengingini kuih seperti itu.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rolun Kd, Tbreplika perahu yang dibuat untuk upacara persembahan semangat dan lain-lain.Jali mengangguk terus, memikirkan apakah dirinya yang akan dihanyutkan? Dia tersengih memerhatikan tentagas menghiasi rolun atau rakit, dengan perca-perca kain dan berbagai-bagai jenis bunga di atas rolun itu.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas