pamiula Ir | acara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita. | Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara ‘pamiula’ atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun. | Keratan Akhbar Borneo Post | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bermukun, *mukun* MSr | upacara berbalas-balas pantun dalam sesuatu majlis. | Tentulah banyak orang yang datang menonton gendang kampung, orang bermukun dan bertandak. | Rahsia Saidin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
isun-isun Bj Sm | acara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita. | Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara ‘pamiula’ atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun. | Keratan Akhbar Borneo Post | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kalang sama Bj Sm | sejenis puisi klasik yg disampaikan sambil menari dlm bentuk bulatan bergerak dgn pihak lelaki dan perempuan saling berbalas rangkap. | Majlis betitik dan kalang sama dilangsungkan di pekarangan rumah Embo Bani. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |