Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.ring] | برباريڠ

Definisi : 1. merebahkan badan pd sesuatu (spt katil, bangku panjang, dsb) biasanya dlm keadaan menelentang: membaca buku sambil ~ di atas sofa; ~ mengiring berbaring dgn sisi tubuh kena pd lantai dsb; 2. = berbaring-baring merebahkan badan spt keadaan ketika tidur (utk merehat-rehatkan badan): selepas makan tengah hari, dia ~ di serambi rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.ring] | برباريڠ

Definisi : berada dlm keadaan merata atau memanjang: Sementara menunggu waktu makan, ia ~ dahulu di atas katil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbaring

Peribahasa

Seperti birah tidak berurat.

Bermaksud :

Orang yang pemalas, di mana duduk di situ berbaring.

 

Lihat selanjutnya...(2)