Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbeza

Puisi
 

Dari dahulu Jawa Semarang,
     Ungai-ungai di atas bukit;
Macam dahulu juga sekarang,
     Tidak berbeza barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tampin Mr Tlproses menyimpan padi (yang siap ditampi) mengikut kuantiti hasil tuaian pada ketika itu.Padi yang siap ditampi kemudiannya disimpan di tempat simpanan yang berbeza dari segi saiz bergantung pada kuantiti dan jenis bekas yang dimiliki oleh petani. Proses ini dipanggil tampin.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambah, *tambak* Mrjeruk.Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai.Buletin Malaysian Borneo SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sinalag Bj, Mrdaging salai.Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai.Buletin Malaysian Borneo SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
seluar sumbu MSrseluar dalam yang diikat dengan tali di pinggang.Apa bezanya mereka dengan kita. Mereka manusia juga. Kita pun manusia. Apa lebihnya mereka daripada kita. Yang berbeza hanyalah mereka orang datang, kita orang asal. Itu saja. Apa yang ada pada mereka ketika mereka mula-mula datang dulu? Eh, kau tahu tak, kerana merempat di tanah air sendiri, ada yang datang dengan seluar sumbu saja.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tadul, *todul* Kdkayu kecil yg dijadikan penyangga di kedua-dua hujung tali pada tongkungon.Encik Janil Kiwai dari Kampung Lobong Tambunan telah menyatakan bahawa setiap tali atau dorongan haruslah berbeza-beza panjangnya bagi maksud menghasilkan bunyi yang berlainan dan untuk menghasilkan bunyi seperti ini si pemain haruslah mempunyai kemahiran untuk meletakkan penadul atau tadul seperti tercatat dalam rajah.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
binulu, *binuluk* Mrmakanan (biasanya ikan) yang dimasak dalam bambu.Bukan itu saja. Rasailah hidangan tradisi Murut seperti sinalag (daging kering), tuau (sayur-sayuran liar), binulu (dimasak dalam bambu) dan tambah. Ia memang berbeza sekali. Jadi datanglah ke Tenom dan alami kebudayaan Murut yang tidak pernah anda rasai.Buletin Malaysian Borneo SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lumbong, *lumbung* Ibpondok khas tempat meletakkan keranda orang kenamaan spt Rentap.Semasa hayat Benya dan kerana kegemilangan hidupnya dia telah meminta supaya mayatnya nanti tidak ditanam di dalam tanah. Sebaliknya ia hendaklah disimpan di dalam keranda dan diletakkan di dalam sebuah binaan yang dipanggil lumbong. Ini berbeza sedikit daripada yang biasa dilakukan kepada seseorang lelaki Iban yang mashyur.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas