belawis MSb | sejenis ikan sungai berwarna kehitam-kehitaman dan berbintik-bintik kuning serta bersisik halus. | Terdengar perkataan ‘sarapan’ perutku serta-merta berkeroncong. Tambahan pula melihat tompe yang masih berasap beserta ikan belawis bakar. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kendawang Ib | sejenis ular yang berbisa. Kepala dan ekornya berwarna merah, manakala badannya berbintik-bintik kekuningan. | Enteran Temiang memanjat ke atas lagi dan sampai pada pelepah yang kedua seekor ular kendawang keluar dari belitannya dan mematuk Enteran Temiang. Nasib baik patukan ular tidak mengenainya. Dia memotong leher ular kendawang dengan pedangnya. Kepala ular pun jatuh ke bawah. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |