Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bi.sa] | بربيسا

Definisi : mengandungi bisa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bi.sa] | بربيسا

Definisi : 1 mempunyai zat racun: ular ~. 2 ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbisa


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
racun sekejap Tbsejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari.Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kendawang Ibsejenis ular yang berbisa. Kepala dan ekornya berwarna merah, manakala badannya berbintik-bintik kekuningan.Enteran Temiang memanjat ke atas lagi dan sampai pada pelepah yang kedua seekor ular kendawang keluar dari belitannya dan mematuk Enteran Temiang. Nasib baik patukan ular tidak mengenainya. Dia memotong leher ular kendawang dengan pedangnya. Kepala ular pun jatuh ke bawah.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balung Bj Smsejenis obor-obor yang berbisa (tidak boleh dimakan).Balung atau ubur-ubur selalunya banyak dan bermusim pada bulan Ogos hingga November setiap tahun. Mereka suka berenang di permukaan laut yang berair jernih. Kelajuannya boleh mencapai 4 knot. Warnanya putih dan kadang-kadang macam warna air susu. Ia boleh disebarkan oleh angin dan ombak. Mereka tinggal di semua bahagian laut, jelas Pak Hilun sambil memandang Minarni.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas