beyuh, *boyuh* Bd | sejenis pokok berdaun besar dan boleh dibuat baju. | Tidak juga ketinggalan tali-tali kecil yang diperbuatnya sendiri daripada kulit kayu beyuh yang lembut. | Novel Antara Dua Kepercayaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sengkenyang Ib | sejenis tumbuhan bebawang yang berdaun lebar. Ia ditanam bersama-sama dengan tanaman padi. | Ya, kalau sudah begitu, bawalah apa-apa saja yang kamu sayangkan di sini, dari huma dan tanah kamu. Seperti tumbuhan sengkenyang untuk permainan semangat padi kamu, cekur, kunyit dan lain-lain, kata Keling. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
asam membangan, *asam embang* Ib, MSr | sejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan. | Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |