pudak Ib | sejenis pokok yang tumbuh di tepi sungai, daunnya seperti daun kari dan berbau wangi. Ia juga berbuih dan boleh digunakan sebagai syampu. | Kedatangan kami berdua ini memang ada tujuannya, Selain datang melawat ke sini, Kami berdua hendak menjinakkan Anak bunga pudak | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngenselan Ib | suatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir. | Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanju Ib | pelantar rumah panjang biasanya digunakan untuk menjemur padi. | Tidurlah cucu, jawab Raja Langit. Apabila Raja Langit masuk ke bilik mereka berdua pun pergi ke tanju. Dari tanju itu mereka melihat tempat tidur cucu Raja Langit. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titi rawan Ib | titi yang mesti dilalui oleh setiap roh si mati di dalam perjalanan mereka menuju alam sebayan. | Nah! Ini penawar penyakit itu,' kata emak. Tetapi yang anehnya mereka berdua terus menolak saya ke dalam sungai itu. "Hah! Itulah titi rawan," bisik salah seorang dukun yang duduk di situ. "Saya terasa saya jatuh ke dalam sungai membawa penawar yang berupa batu yang diberi oleh emak. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelangka Ib | sejenis alat yang diperbuat daripada kayu sebagai tapak untuk mengirik padi. | Apabila mendengar letupan bedil keletung Ketupong dan rakan-rakannya itu, Dara Tinchin Temaga terus menyuruh Menggin dan anaknya balik. Dia menghulur mereka berdua dari langit dengan bekas yang dipanggil pelangka bertali emas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
idas Bd, Ib | sejenis tikar yang dianyam daripada rotan kulit kayu. | Mereka berkejar pulang ke Panggau Libau. Sampai di sana mereka nampak tikar dan idas sudah dihamparkan di pelantaran untuk menyabung semula, hanya menunggu ketibaan mereka berdua. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
edram MSr | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atau bulat leper yang berlubang di tengah. | Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |