jaung Ib | sejenis tumbuhan palma hutan yang berduri. Bentuknya seperti pokok salak dan buahnya masam. | Lidi diperbuat daripada tulang sejenis palma yang dipanggil jaung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manding Ib | sejenis pokok yang batangnya keras dan berduri pada pangkalnya. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
meruju Ib | sejenis tumbuhan yang tumbuh di tepi pantai atau sungai, daun dan batangnya berduri. | Tidak lama selepas kejadian ini Patinggi Ngadan pun berjalan-jalan ke kawasan hulu Layar. Semua karangan, tebing, mumbun dan meruju (jenis-jenis tumbuhan di tepi air) disemburnya dengan air. Sambil menyembur tebing-tebing ini dengan air dia berjampi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |