Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.gas] | برݢݢس

Definisi : bersambung dgn gigi penyambung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.gas] | برݢݢس

Definisi : membuat sesuatu cepat-cepat, bercepat-cepat: kerja orang muda biasanya ~, kerja orang tua berjujai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.gas] | برݢݢس

Definisi : bergerak dgn cepat; pergi atau datang dgn lekas; berkejar: Setelah menyaksikan kecantikan Puteri Priangan, utusan itu pun ~ balik ke Majapahit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergegas


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
begaut, *ngarak begaut* Bd, Ib, MSrtergesa-gesa, hendak cepat, bergegas.Tidaklah aku naik, terima kasihlah. Aku begaut hendak pulang kerana mungkin malam ini aku hendak terus berbincang dengan kaum penghuni rumah panjang kami tentang perkara pindah ini.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nuan Skengkau, kamu.“Beritahu bapa nuan dulu!” Perintah itu segera dipatuhi. Bergegas-gegas Indun naik ke atas rumah dan sejurus kemudian turun semula dengan muka yang berseri-seri.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pola Bdsejenis pokok liar; batangnya lurus dan tinggi dan kayunya berbau harum.Dia bergegas menuruni tangga batang kayu pola sebesar paha dan setinggi kira-kira lapan kaki.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sadik LBsejenis perangkap binatang yang diperbuat daripada tali dan rotan. Ia biasanya untuk menjerat tupai.Si kura-kura sangat marah lalu berteriak, “Awak tunggulah,” lalu bergegas pulang dan dia terus membuat sadik (jerat) dan memasangnya di bawah pokok pisang.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
si'eng Bdnama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu).Budak itu darah dagingnya. Malah itulah cucu lelakinya yang pertama biarpun sudah lain si'eng. Ah Keong bergegas ke dapur. Dicabutnya badik tajam yang biasa digunakan semasa membakar daging.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas