Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : 1. bermaksud, berniat (akan), mem­punyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia se­lama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.jat] | برحاجت

Definisi : mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hajat (kata nama)
Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;,
Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan,

Puisi
 

Pergi selat bulan lima,
     Beli bawang dua sepuluh;
Saya berhajat sudah lama,
     Tiada tempat saya menyuruh.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tidaklah telaga mendapatkan timba.

Bermaksud :

Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rampang Ibhampas.Awak bukan berhajat hendak melawat saya tetapi, berhentilah di sini dulu. Sudah lama ramuan rampang bunga gadis Satik melimpasi kami di sini, sahut adik Jambi.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
melimpasi, *melimpas* MSrmelalui, melewati.Awak bukan berhajat hendak melawat saya tetapi, berhentilah di sini dulu. Sudah lama ramuan rampang bunga gadis Satik melimpasi kami di sini, sahut adik Jambi.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menyuan Tbpembacaan mentera yang dilakukan sebelum padi bukit ditanam, biasanya dilakukan oleh bobolian.Kita ada adat menyuan. Ada adapt monomparoi. Pak cik tahu, kalau tanaman padi dua kali setahun dibuat, alamat adat-adat kita akan lenyap, ujar Sunan membenarkan kata-kata Turagai tadi. "Dia memang berhajat mahu membelakangkan adat-adat kita, pak cik."Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai antu Ibupacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban.Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas