Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.har.ga] |  برهرݢ

Definisi : 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.har.ga] |  برهرݢ

Definisi : 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Peribahasa

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Bermaksud :

Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
singkowoton Mrsesuatu yang berharga kepada seseorang.Singkowoton bagi seorang pahlawan adalah tengkorak manusia yang dimenanginya dalam peperangan, kata suara halus itu, bagai sedang berlagu merdu. Singkowoton bagi seorang gadis adalah mahkota kegadisannya. Singkowoton bagi seorang wanita adalah anak-anak yang bakal lahir dari rahimnya. ..."SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menaga Ibsejenis tajau yang dihiasi dengan ukiran timbul dan dianggap sebagai salah sebuah barang berharga.Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magang Kdupacara pindah rumah baru.Magang ialah upacara yang diadakan sempena dengan perpindahan ke rumah baru bagi satu-satu keluarga; terutama sekali keluarga-keluarga yang ada menyimpan tengkorak manusia yang merupakan barang warisan yang berharga bagi keturunannya.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
piau Mlbarang kepunyaan si mati atau pemberian orang yang dihantar ke kubur semasa pengkebumian (contohnya pinggan mangkuk kepunyaan si mati). Ia sama ada dikuburkan bersama atau diletakkan di atas kubur.Meligun, barang tu susah sikit, Lam. Kau pun tahu itu piau yang paling berharga.Dia cuba menerangkan pada Salam. "Ini pun terlanjur saya jumpa semasa saya tolong menggali dua hari lepas." Dia menerangkan keadaan dia terjumpa selepak itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas